Gladiolus




Gladiolus

Dalam banyak-banyak bunga yang kutanam, Gladiolus adalah antara bunga yang sangat menarik perhatian sebab orang memang jarang nampak bunga gladiolus ni dtanam di laman-laman di Malaysia..org bilang ni bunga orang putih kunun. Corms ni orang jual online range harga antara RM5 - RM10 sebiji.  


Gladiolus ditanam dari bebawang. Ada yang sebut "bulbs" atau "corms"

Medium - campuran tanah nursery, tanah 6 in 1, furadan (mengelak corms dimakan ulat..eh.apa namanya tu aa? nti la diupdate hihi), dan perlite. Corms kalau ditanam rapat rapat..klu sdh blooming nti cantik 

Gladiolus slepas sebulan. Gladiolus memang cepat membesar. 
Biasanya Gladiolus akan berbunga selepas 3 bulan

Gladiolus blooming bermula dari bawah..satu persatu sampai atas.
This is my first Gladi..beli online dari Go Green. Lupa sudah apa idnya ni..Prisilla ka apa ka ..hihi



Gladiolus yang pernah menyeri halamanku 

Aku paling suka yang pastel color..soo sweet !


Penjagaan - Biasanya saya bagi baja kopi ja setiap 2 minggu. 

Selepas pokok gladi berbunga, biarkan dalam 2-3 minggu sampai daunnya kering atau kekuningan,  pastu boleh gali dan keluarkan keseluruhan pokok dari dalam tanah.
Yang best nya..gladiolus ni selepas berbunga, corm baru akan tumbuh di atas corm lama (yg mula2 ditanam tu), corm baru tu mesti dkasi "dormant" (rehat) dulu 2-3 bulan pastu baru boleh ditanam. So rasa berbaloi jgk la kalau beli corm RM5-10 sebiji tapi kadang mcm ikut nasib jgk kalau menanam gladi ni..kadang2 daun naik cantik tapi bunga nda muncul muncul so huhu. 



Corm yg baru akan terbentuk di atas corm yang mula-mula ditanam. Corm yang lama akan mengecut..
Corm yg lama tu buang nda payah la mau try try tanam balik..confirm nda kan becambah  
😊












Comments

Popular posts from this blog

Tercetusnya minat untuk gardening

Roses