Posts

Gladiolus

Image
Gladiolus Dalam banyak-banyak bunga yang kutanam, Gladiolus adalah antara bunga yang sangat menarik perhatian sebab orang memang jarang nampak bunga gladiolus ni dtanam di laman-laman di Malaysia..org bilang ni bunga orang putih kunun. Corms ni orang jual online range harga antara RM5 - RM10 sebiji.   Gladiolus ditanam dari bebawang. Ada yang sebut "bulbs" atau "corms" .  Medium - campuran tanah nursery, tanah 6 in 1, furadan (mengelak corms dimakan ulat..eh.apa namanya tu aa? nti la diupdate hihi), dan perlite. Corms kalau ditanam rapat rapat..klu sdh blooming nti cantik  Gladiolus slepas sebulan. Gladiolus memang cepat membesar.  Biasanya Gladiolus akan berbunga selepas 3 bulan Gladiolus blooming bermula dari bawah..satu persatu sampai atas. This is my first Gladi..beli online dari Go Green. Lupa sudah apa idnya ni..Prisilla ka apa ka ..hihi Gladiolus yang pernah menyeri halamanku  Aku paling suka yang pastel color..soo

Roses

Image
Bunga ros .. bunga mawar Macamana mau tanam pokok ros di tanah rendah ni ? Biasanya pokok ros hanya boleh hidup di tanah tinggi. Kalau di tanah rendah..pokok bunga ros kampung tu memang biasa didengar boleh hidup dengan jayanya sebab tahan panas.  Tempoh hari..kebetulan pigi nursery beli tanah, ternampak  pokok bunga ros tapi pindik-pindik jak pokoknya..mungkin dari keratan. Mau try tanam la..tanya harga..RM37..huii mahal jgk ? "ya sebab dibawa dari saaana Kundasang" bilang org nursery tu. Mcm sayang jugak duit ni tapi sebab teringin btul mau try tanam pokok ros so dikorbankan jgk la itu RM37. Pokok bunga ros yang dibeli di nursery Yang penting..cukup air, cukup baja..inshaAllah   
Image
Pokok lemon tanpa biji ( seedless lemons ) Beli secara online dari Sis Joyce Sarawak. Sis Joyce adalah salah seorang "trusted seller" (penjual yang sangat2 boleh dipercayai & tidak kedekut ilmu) & not forget to mention the packaging..fuiyoo terbaik 👍👍👍 11 Mac 2016 - Start tanam. Medium tanah nursery+tanah merah bakar 02 April 2016 - Selepas enam kali disiram dengan Maxbloom, sementara kesluruhan pokok dantanah disembur dengan Neem Oil, kelihatan pucuk-pucuk baharu 

Tercetusnya minat untuk gardening

Image
Minat tercetus bila pindah ke rumah sewa pada April 2014 & seorang teman komen "nape nampak kosong je halaman rumah tu?  Tanam la something..bunga plastik ke". Amboii sarcastic nya bahasa. Begitu lah hidup kita memang dipenuhi dengan manusia pelbagai sifat dan sikap. Kita ambil yg positif aja la..setiap apa yang ditakdirkan untuk kita semestinya ada hikmahnya. Sikapnya memang sarcastic tapi dia juga lah insan yang akhirnya mencetus minatku untuk gardening walaupun pada asalnya niat gardening semata2 untuk membuktikan padanya bahawa aku pun "green finger" laaa. Aku sewaktu membersihkan halaman Beli barang2/alat2 untuk gardening..tengah semangat nih..haha
Image
Jauh di mata namun selama-lamanya terpahat di hati